♥ status!! ♥

updates:
|**1 year already sayangg , hihi =)

Monday, 5 December 2011

Tips : untuk menjadikan blog cute ++

okeyh ayu nk share tips mcm mne nk buat blog kite nmpak cute (simple + profesional)
spe yg rase perlukan tips niey boleyh la bce...spe yg x perlu okeyh boleyh behenti sekarang ..hehehe :)
okeyh jom start ~ ready?


1. SEMBUNYIKAN ATAU MEMBUANG BLOGSPOT NAV BAR
Walaupun kita mudah untuk pergi ke dashboard serta sign out dengan adanya nav bar ini, namun ia kelihatan kurang profesional serta mengurangkan ruang pada atas blog kita. so spe yg nk hilangkn nav bar niey boleyh ikot tutorial niey follow this


2. GUNA WARNA TEMPLATE/BACKGROUND YANG TIDAK TERLALU TERANG/GELAP


    Sekali lagi aku beritahu,tolong jangan gunakan template yang berwarna terlalu terang benderang,terlalu berwarna warni,gelap gelita serta kusam secara sepenuhnya dalam blog kita. Contohnya warna merah terang memang agak menyakitkan mata memandang. Tapi ia kelihatan lebih elok jika diimbangi dengan warna yang tidak terang seperti warna putih pada bahagian entri.

3. LETAKKAN GAMBAR PADA SETIAP ENTRI
     Entri yang diserikan lagi oleh gambar berkaitan entri akan menceriakan blog kita. Blogger-blogger yang terkenal pun biasanya meletakkan gambar yang mungkin membuatkan pengunjung blog teruja untuk membaca dengan lebih lanjut. Lagi best kalau letak gambar yang melucukan.

4. ELAKKAN DARIPADA MELETAKKAN WIDGET YANG TIDAK PERLU

     Widget-widget seperti kalendar,jam,lagu autoplay dan banyak lagi yang boleh dibaca dalam entri ini. Ini membuatkan blog kelihatan kurang profesional serta memberatkan lagi blog. Tapi bagi mereka masih menyukai widget sedemikian, boleh je kekal meletakkan di situ. Bukan aku suruh ok..hehehe :'')

5. JANGAN MENYURUH SERTA MEMAKSA ORANG KLIK PADA IKLAN

     Ada sebahagian kecil blog yang menulis tajuk pada iklan nuffnang mereka seperti 'Plz klik iklan nih', 'Press f5 kalau iklan tak muncul', 'Klik nuffnang ni' dan sebagainya. Kalau boleh tukarkan kepada ayat yang lebih umum seperti 'iklan terbaru', 'nuffnang' dan sebagainya yang tidak mempunyai unsur seakan memaksa orang klik iklan. Ini menjadikan blog kelihatan kurang mengamalkan 'profesionalisme' dalam meletakkan iklan mereka dalam blog. 

6. JANGAN MEMASANG IKLAN TERLALU BANYAK SERTA BERSELERAK

     Iklan yang banyak memang menguntungkan tuan punya blog. Cuma jangan meletakkan iklan terlalu banyak serta bersepah hingga mengganggu pelawat blog. Kadang kadang aku pernah terlihat satu blog yang meletakkan iklan di tengah-tengah blog. Susah kot aku nak baca entri dia..Aisshh..

7. TOLONG JANGAN COPY PASTE ENTRI ORANG!


     Ini perkara yang semestinya ramai blogger yang tak suka bagi sebilangan kecil blogger yang copy paste entri tanpa edit serta memberi kredit kepada penulis blog tersebut. Lagi satu,jangan copy paste entri daripada berita online tanpa memberi ulasan. Daripada baca entri yang dicopy paste berita online,lebih baik kita baca berita daripada berita online,bukan?


okeyh banyak kn ayu bgi tips ? so , harap tips2 niey membantu :) :)  thanks 4 reading :D

♥ thanks you bcoz sudi bace entry ayu,suke ? like jer :)♥

No comments:

Post a Comment